Kami turut diajukan pertanyaan menerusi bahagian support kami bahawa harga domain yang ditawarkan didalam promosi kami iaitu RM36 tetapi apabila melakukan pendaftaran harganya ialah USD10.50 atau setelah ditukar kedalam matawang Malaysia menjadi RM38.00
Kami ingin memaklumkan bahawa anda boleh meneruskan proses pendaftaran dengan mengisi ruangan yang diperlukan. Abaikan sahaja jumlah matawang yang diberitahu kerana kami yang mengawalnya.
Setelah mengisi keseluruhannya, anda perlu pastikan bahawa anda telah membuat pembayaran menerusi akaun Maybank kami, setelah anda membuat pembayaran sila emailkan kepada kami dan kami akan membuat pengesahan sebelum domain yang anda mahukan didaftarkan kepada anda.
Sila pastikan bahawa anda memilih .com , .net , .org , .info yang berharga RM36 . Jika anda memilih domain bertanda "SALE!" harga yang dinyatakan adalah untuk tahun pertama dan tahun berikutnya anda akan dikenakan dengan harga sebenar. Ini telah ditetapkan oleh system yang dikawal selia oleh pihak pendaftar dan ia diluar bidang kuasa kami.
Harap ini dapat membantu anda didalam berurusan dengan kami.
Demi Masa
DOMAIN NAME REGISTRATION
|
|
Bantuan / Pertanyaan
Domainku

Pembekal perkhidmatan Hosting dan Mendaftar Nama Domain. Kami mempunyai 2 buah server untuk hosting.
- Ummah2u - di Malaysia
- Topmalaysia Di US
Kembara
Bagaimana sewaktu mendaftar domain harganya jadi mahal ?
Mengapa domainku dijalankan di blogspot ?
Salam sejahtera kepada anda yang sudi menziarahi blog kami. Satu persoalan telah dilontarkan kepada kami, menerusi bahagian support kami yang bertanyakan mengapa kami menggunakan platform blogspot untuk menjalankan perniagaan domain? Satu persoalan yang amat-amat kami nantikan dan insyaAllah, kami akan menerangkan kepada anda mengapa.
Kami mempunyai sebuah web yang khusus memberikan perkhidmatan langganan hosting dan domain iaitu di http://www.ummah2u.com . Kami juga mempunyai dua buah server iaitu di Malaysia dan di Amerika Syarikat, yang mampu menampung keperluan web kami sekiranya kami mahu.
Dengan memilih melancarkan kempen penjualan domain di blogspot adalah merupakan satu contoh kepada anda yang gemar menggunakan blogspot sebagai satu platform untuk informasi anda.
Sudah tentu dengan contoh yang kami lakukan ini, anda dapat memahami bagaimana fungsi domain yang anda beli dari kami kelak berjalan di blog anda. Anda boleh melihat kelebihan-kelebihan yang terdapat di http://www.domainku.net .
Dengan penjelasan dari kami yang ringkas namun padat ini, kami harapkan tidak timbul lagi kekeliruan mengapa kami menjalankan penjualan domain menerusi platform blogspot. Dan kami berharap anda jelas bagaimana blogspot yang anda langgani itu boleh ditukar hanya dengan melanggan sebuah domain name.
Kepada peminat hobi radio amatur yang mempunyai blogspot cuba anda bayangkan sekiranya blog anda beralamat di http://9w2nos.blogspot.com dengan melanggan domain name blog anda boleh menjadi singkat dan mudah diingat contoh http://9w2nos.com sahaja!
Kami merasakan bahawa penerangan yang banyak didalam blog kami ini cukup untuk anda membuat penilaian dan terpulang kepada anda, kami menyediakan perkhidmatan yang anda perlukan, jika anda memerlukan domain name, kami sedia menyediakannya, jika anda memerlukan sebuah laman web, kami turut sedia menyediakannya dengan harga yang sungguh berpatutan.
Norsalim Ali (9w2nos),
Penolong Pengurus,
Ikatan Ummah Enterprise
http://www.ummah2u.com
http://www.topmalaysia.net
http://www.domainku.net
5 Alasan Tidak Menggunakan Domain dan Hosting Percuma untuk Perniagaan Online
Jangan guna yang percuma untuk membangunkan perniagaan online anda. Ini penting, jika anda ingin membangunkan website untuk perniagaan pribadi/perusahaan anda, jangan menggunakan kemudahan hosting Percuma ataupun domain Percuma. Walau sekecil apapun perniagaan anda. Walau selengkap apapun tawaran kemudahan percuma tersebut. Tolong tolak tawaran mereka. Anda tidak akan tahu bagaimana perniagaan online anda akan tumbuh dan berkembang di masa depan. Akan saya terangkan beberapa alasannya kenapa tidak menggunakan domain percuma dan hosting percuma.
Kemudahan percuma memang menggiurkan, kadang malahan yang percuma bahkan lebih banyak tawaran kemudahannya daripada yang berbayaran. Ada hosting percuma yang menawarkan lebih dari 1 GB space dan puluhan GB bandwidth sebulan. Namun tolong perhatian semua yang ada di belakang kontrak sebelum menandai "I agree with the terms and conditions".
Profesionalisme dan faedah
Menggunakan domain perniagaan (.com, .net, .org, .co.id, dan lain-lain) akan kelihatan lebih berfaedah dan profesional, dibandingkan dengan subdomain yang biasa disediakan Pprcuma atau menggunakan domain yang bukan domain umum untuk usaha online anda. www.nama-usaha.com akan kelihatan lebih menarik dan berwibawa daripada nama-usaha.wordpress.com atau nama-usaha.blogspot.com. Pelanggan sekarang sangat kritis cerewet. Mereka akan melihat segala aspek dari website yang mereka kunjungi. Baik dari segi design sampai nama domain. Jika tidak punya domain yang jelas, pelanggan akan berfikir berkali-kali untuk melakukan transaksi kewangan dengan anda.
Email anda juga akan kelihatan lebih proffesional jika anda menggunakan domain .com atau .net. Kelak email perniagaan anda akan kelihatan seperti marketing@perniagaan-anda.com, admin@perniagaan-anda.net, finance@perniagaan-anda.com, support@perniagaan-anda.net, dll.
Selain itu, domain dengan akhiran .com atau .net akan lebih pendek sehingga mudah disebut atau diingat. Akan lebih bangga menulisnya di kad nama, brouser, papan nama, tandatangan email s, dll.
Tiada Jaminan.
Sebelum menggunakan service mereka, kita harus menyetujui kesepakatan kerja dengan mereka, yang pada intinya kita tidak boleh menuntut apapun yang terjadi jika kelak terjadi sesuatu pada hosting mereka. Mereka berhak bila-bila masa saja menarik keanggotaan kita bahkan boleh tanpa alasan. Bagaimana jika anda tidak ada back-up data-data atau file anda sewaktu mereka menutup account anda? Hasil kerja keras kita boleh tiada tanpa bekas dalam beberapa saat dan kita tidak boleh mendakwa mereka sama sekali.
OK mungkin anda ada back up data-data anda. Anda masih harus ganti hosting, setting hosting baru anda. Bayangkan berapa lama downtime dari website anda dan hilangnnya pelanggan potensial anda.
Berikut ini saya paste-kan beberapa contoh Agreement dari free hosting:
YOUR USE OF THE SERVICE IS AT YOUR SOLE RISK. THE SERVICE IS PROVIDED ON AN "AS IS" AND "AS AVAILABLE" BASIS. ********* AND ITS SUBSIDIARIES, AFFILIATES, OFFICERS, EMPLOYEES, AGENTS, PARTNERS AND LICENSORS EXPRESSLY DISCLAIM ALL WARRANTIES OF ANY KIND, WHETHER EXPRESS OR IMPLIED, INCLUDING, BUT NOT LIMITED TO THE IMPLIED WARRANTIES OF MERCHANTABILITY, FITNESS FOR A PARTICULAR PURPOSE AND NON-INFRINGEMENT.
Disclaimer of Warranties. The Website is provided “as is”. ********** and its suppliers and licensors hereby disclaim all warranties of any kind, express or implied, including, without limitation, the warranties of merchantability, fitness for a particular purpose and non-infringement.
Termination. ********* may terminate your access to all or any part of the Website at any time, with or without cause, with or without notice, effective immediately. If you wish to terminate this Agreement or your surge8.com account (if you have one), you may simply discontinue using the Website.
Masalah SEO - Search Engine Optimization
Salah satu hal yang paling penting dan sulit dalam menjalankan perniagaan online adalah SEO (Search Engine Optimization).
Tanpa SEO yang baik, usaha online kita mungkin tidak akan berjaya. SEO akan menentukan rating website kita di search engine seperti Yahoo atau Google. Tanpa rating yang tinggi, website kita akan sepi pengunjung. Jika tidak ada yang mengetahui, mengunjungi, atau membaca, produk atau usaha yang kita tawarkan akan jadi sia-sia sahaja.
Untuk membuat keyword tertentu di rating pertama di pencaharian search engine tidak dapat di lakukan dalam sehari dua hari, perlu waktu berbulan-bulan atau bahkan bertahun-tahun.
Bagaimana jika domain percuma kita tiba-tiba tidak boleh di akses karena mereka menghapuskan keanggotaan kita atau karena mereka muflis? Anda harus ganti domain baru.
Jika anda ganti domain baru, anda harus melakukan ulang semua proses SEO yang telah anda lakukan dalam mempromosikan web anda, termasuk mengkontak semua website yang telah membuat link back ke ke website anda. Jika tidak semua akan jadi broken link.
Tidak ada jaminan kestabilan sistem.
Hosting yang bagus menjamin kestabilan sistem mereka, biasa dengan mencantumkan UP TIME server mereka. Semakin tinggi UP TIME akan semakin bagus sistem mereka.
Banyak hosting Percuma mencantum UP TIME mencapai 99.99%. Tapi siapa yang boleh menjamin sistem mereka sehebat itu? Tentu kita tidak mau kehilangan pelanggan berpontensi karena sistem yang sering down betul tak?
Menurut pengalaman, hosting percuma akan sering down atau sering maintenance. Karena user mereka akan sangat banyak, semua bisa mendaftar dan mengupload file apapun dengan tujuan apapun, termasuk file-file photo, muzik atau video yang jika di akses akan sangat menghambat pengunaan bandwidth. Malah file-file berbahaya seperti spyware, adware, virus dan lain-lain. Namanya juga percuma, siapa yang peduli?
Masalah Alamat Email
Jika domain percuma yang kita gunakan terpaksa diganti karena berbagai alasan, ini juga akan berpengaruh terhadap perhubungan email.
Anda harus meluangkan waktu untuk menghubungi semua client anda bahwa email anda telah ganti. Anda juga harus mengganti setiap email address di setiap website yang pernah anda submit. Kehilangan peluang perniagaan akan sangat besar jika ini benar-benar berlaku.
Customer Support Tidak Memadai
Customer Support sangat penting dalam memecahkan masalah teknik yang sering muncul. Jika perlu carilah custumer service yang bisa memberikan support 24 jam. Layanan konsultasi lewat chatting akan sangat membantu.
Hosting Percuma tidak akan menyediakan kemudahan ini. Percayalah, anda pasti akan selalu memerlukan mereka. Akan banyak setting yang harus dilakukan. Masalah dan error akan selalu datang tanpa henti. Apalagi jika anda orang awam di dunia internet. Tanpa custumer support yang memadai, website online anda juga tidak akan maksima.
Pelanggan tidak akan menunggu website anda bangun baru melakukan transakti dengan anda. Terlalu banyak saingan di luar sana yang siap dan bersedia merebut perniagaan dari tangan anda.
Kalender
Control Panel Login
WHOIS Lookup
Search the WHOIS Database |

