Salam sejahtera kepada anda yang sudi menziarahi blog kami. Satu persoalan telah dilontarkan kepada kami, menerusi bahagian support kami yang bertanyakan mengapa kami menggunakan platform blogspot untuk menjalankan perniagaan domain? Satu persoalan yang amat-amat kami nantikan dan insyaAllah, kami akan menerangkan kepada anda mengapa.
Kami mempunyai sebuah web yang khusus memberikan perkhidmatan langganan hosting dan domain iaitu di http://www.ummah2u.com . Kami juga mempunyai dua buah server iaitu di Malaysia dan di Amerika Syarikat, yang mampu menampung keperluan web kami sekiranya kami mahu.
Dengan memilih melancarkan kempen penjualan domain di blogspot adalah merupakan satu contoh kepada anda yang gemar menggunakan blogspot sebagai satu platform untuk informasi anda.
Sudah tentu dengan contoh yang kami lakukan ini, anda dapat memahami bagaimana fungsi domain yang anda beli dari kami kelak berjalan di blog anda. Anda boleh melihat kelebihan-kelebihan yang terdapat di http://www.domainku.net .
Dengan penjelasan dari kami yang ringkas namun padat ini, kami harapkan tidak timbul lagi kekeliruan mengapa kami menjalankan penjualan domain menerusi platform blogspot. Dan kami berharap anda jelas bagaimana blogspot yang anda langgani itu boleh ditukar hanya dengan melanggan sebuah domain name.
Kepada peminat hobi radio amatur yang mempunyai blogspot cuba anda bayangkan sekiranya blog anda beralamat di http://9w2nos.blogspot.com dengan melanggan domain name blog anda boleh menjadi singkat dan mudah diingat contoh http://9w2nos.com sahaja!
Kami merasakan bahawa penerangan yang banyak didalam blog kami ini cukup untuk anda membuat penilaian dan terpulang kepada anda, kami menyediakan perkhidmatan yang anda perlukan, jika anda memerlukan domain name, kami sedia menyediakannya, jika anda memerlukan sebuah laman web, kami turut sedia menyediakannya dengan harga yang sungguh berpatutan.
Norsalim Ali (9w2nos),
Penolong Pengurus,
Ikatan Ummah Enterprise
http://www.ummah2u.com
http://www.topmalaysia.net
http://www.domainku.net
Demi Masa
DOMAIN NAME REGISTRATION
|
|
Bantuan / Pertanyaan
Domainku

Pembekal perkhidmatan Hosting dan Mendaftar Nama Domain. Kami mempunyai 2 buah server untuk hosting.
- Ummah2u - di Malaysia
- Topmalaysia Di US
Kembara
Mengapa domainku dijalankan di blogspot ?
Kalender
Control Panel Login
WHOIS Lookup
Search the WHOIS Database |

