Serangan virus Coutsonif.A yang mengancam pengguna Yahoo Messenger dan Skype patut diwaspadai. Virus ini merebak dengan mengirimkan dirinya ke semua contact yang ada dalam alamat aplikasi tersebut dari komputer yang telah dijangkiti.
Pesan tersebut sekilas seperti pesan pada umumnya. Namun jangan klik link yang diberikan, sekalipun dikirimkan oleh teman anda. Ini adalah kerana, pesanan tersebut sebenarnya bukan dikirimkan oleh sahabat anda, melainkan oleh virus yang telah berhasil menjangkiti komputer rakan anda.
Sekiranya sudah dijangkiti virus berkenaan, maka secara spontan ia akan membuat nama file acak dengan sambungan .tmp dan .exe yang akan disimpan di direktori [C:\Documents and Settings\%user%\Local Settings\Temp] dengan nama yang berlainan.
Sekiranya ini terjadi, user hanya mampu berserah dan tidak tenang berinteraksi di internet. Bahkan, membolehkan nama baiknya pun rosak karena dituduh menyebarkan virus . Ini adalah kerana, si penerima pesanan menduga bahawa sahabatnya yang dengan sengaja mengirimkan virus.
Makanya, sebelum kejadian itu terjadi. Adalah baiknya anda semak 6 cara ini untuk membasmi virus perosak nama baik yang menyerang aplikasi chat.
1. Disable 'System Restore' selama proses pembersihan.
2. Disable autorun Windows, agar virus tidak dapat aktif secara spontan semasa akses ke drive /flash disk.
* Klik tombol 'start'
* Klik 'run'
* Tulis 'GPEDIT.MSC'. Kemudian akan muncul layar 'Group Policy'
* Pada menu 'Computer Configuration dan User Configuration', klik 'Administrative templates'
* Klik 'System'
* Klik kanan pada 'Turn On Autoplay', pilih 'Properties'. Kemudian akan muncul layar 'Tun on Autoplay propeties'
* Pada tabulasi 'Setting', pilih 'Enabled'
* Pada ruang 'Tun off Autoplay on' pilih 'All drives'
* Klik 'Ok'
3. Matikan proses virus, gunakan tools 'security task manager' kemudian hapus file [sysmgr.exe, vshost.exe, winservices.exe, *.tmp]
Sekadar catatan, .tmp menunjukan file yang mempunyai sambungan TMP [contoh: 5755.tmp]. Klik kanan pada file tersebut dan pilih 'Remove', lalu pilih 'Move File to Quarantine'.
4. Repair registry yang sudah diubah oleh virus.
5. Hapus file virus
6. Untuk pembersihan optimal dan mencegah infeksi ulang silahkan gunakan antivirus yang dapat mendeteksi dan membasmi virus ini up to date. Anda juga dapat download tools Norman Malware Cleaner di http://download.norman.no/public/Norman_Malware_Cleaner.exe
Demi Masa
DOMAIN NAME REGISTRATION
|
|
Bantuan / Pertanyaan
Domainku

Pembekal perkhidmatan Hosting dan Mendaftar Nama Domain. Kami mempunyai 2 buah server untuk hosting.
- Ummah2u - di Malaysia
- Topmalaysia Di US
Kembara
6 Langkah Membasmi Virus Penyerang Yahoo Messenger
MENGAPA PERLU NAMA DOMAIN
ADA 5 sebab mengapa anda perlu memiliki nama domain anda sendiri.
Seringkali saya mendengar orang bertanya “Mestikah saya mempunyai nama domain sendiri untuk website saya?”. Jawapannya… “YA! MESTI!”.
Tahukah anda? Jika anda meletakkan website anda di web hosting percuma, pihak yang mendapat manfaat yang paling besar sekali ialah syarikat web hosting tersebut, manakala, pihak yang mendapat manfaat yang paling kecil dan akhir sekali ialah… anda. Mengapa?
>
Sebenarnya, terdapat beberapa sebab yang nyata mengapa anda perlu memiliki nama domain anda sendiri, antaranya :-
Apabila anda mempunyai nama domain anda sendiri, nama domain anda akan berbunyi http://www.websiteanda.com , berbanding jika anda mendapatkan perkhidmatan web hosting serta nama domain percuma, ia akan berbunyi.http://www.webhostingpercuma.com/akaunanda/websiteanda/ . Pada pendapat anda, alamat manakah yang kelihatan lebih profesional? Yanglebih pendek? Serta yang lebih mudah untuk diingati? Saya pasti anda tahu jawapannya..
Jika anda menjual sesuatu barang ataupun menawarkan sesuatu perkhidmatan di internet. Langkah pertama, untuk anda membina kredibiliti anda adalah dengan memiliki nama domain anda sendiri. Dengan memiliki nama domain anda sendiri, pelawat-pelawat yang ingin menjadi pelanggan anda akan berasa lebih yakin serta selesa kerana mereka akan beranggapan mereka sedang berurusan dengan sebuah organisasi yang besar dan kukuh. Seperti di dunia nyata, seseorang itu lebih yakin serta selesa untuk membeli sesuatu barang di kedai atau kaunter berbanding membelinya daripada orang-orang yang berkeliaran di tepi jalan atau kaki lima.
Jika seseorang melawati website anda yang berada di webhosting percuma, inginkah anda mendengar mereka berkata..
“ Eh? Betul ke laman web ini menjual barang ini? Nama domain & webhosting pun tak mampu nak beli, ini kan lagi nak buat bisnes, boleh percaya ke nie?”
Pergh!! Pasti hancur luluh hati anda seperti dilanggar tayar keretapi 18 gerabak jika anda terdengar ayat tersebut ditujukan kepada halaman web anda!
Jadi, usahlah ragu-ragu untuk memiliki nama domain anda sendiri, jika anda benar-benar serius untuk menjalankan perniagaan atau menawarkan sesuatu perkhidmatan di internet. Tidak kira lah sama ada anda ingin menjual kerepek, buku, rumah ataupun mencari kenalan-kenalan baru untukanda letakkan sebagai downline anda.. :-).
Percayalah, memiliki nama domain sendiri, akan memberikan kesan yang besar terhadap kredibiliti anda di internet.
Apabila anda mempunyai nama domain sendiri, anda juga boleh mempunyai beberapa alamat email yang berakhir dengan nama domain anda seperti anda@websiteanda.com . Apabila anda mempunyai beberapa alamat email yang berakhiran dengan nama domain anda, ia akan memudahkan anda untuk menguruskan serta mengenal pasti email-email yang anda terima. Contohnya, jika seseorang ingin menghantar email kepada anda untuk bertanya mengenai produk-produk serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh anda, mereka boleh menghantarkan email mereka kepada sales@websiteanda.com. Manakala bagi sebarang pertanyaan atau maklumbalas mengenai website anda, mereka boleh menghantarkan email kepada webmaster@websiteanda.com . Dengan cara ini, ia bukan sahaja memudahkan anda menapis serta menguruskan email yang anda terima, malahan ia juga akan meningkatkan lagi kredibiliti anda sebagai sebuah organisasi yang besar dan selamat untuk pelanggan-pelanggananda berurusan.
Tahukah anda?. Kebanyakkan enjin carian pada masa kini, begitu menitikberatkan proses pengindeksan mereka (memasukkan maklumat sesuatu webiste ke dalam pangkalan data mereka) pada satu-satu nama domain. Pada kebiasaanya, mereka hanya mengindeks katakunci atau maklumat sesuatu website bermula daripada halaman utama bagi nama domain tersebut. Jadi, bagi website penyedia webhosting percuma, enjin carian akan mula mengindeks pada alamat http://www.hostingpercuma.com/index,html , sedangkan mukadepan bagi website anda pula beralamat http://www.hostingpercuma.com/akaunanda/websiteanda/index.html . Oleh itu, website yang akan di indeks, hanyalah website penyedia webhosting percuma dan bukannya website anda. Disini, anda telah mengalami kerugian yang besar dari segi bilangan trafik yang akan datang kewebsite anda melalui enjin carian.
Lebih malang lagi, ada juga sesetengah enjin carian yang tidak membenarkan langsung program pengindeksan mereka , yang juga dikenali sebagai“spider” atau “robot” untuk merayap/melawati website-website yang diletakkan di webhosting percuma. Sebagai contoh, jika anda cuba menghantar alamat website anda kepada enjin carian ini, anda akan mendapat mesej yang berbunyi “URL anda telah dihantar untuk diproses ”tetapi yang pastinya, “spider” mereka tidak akan melawati website anda, walaupun ia mengatakan website anda telah diterima. Sungguh sedih sekali, jadi, untuk anda mengatasi masalah berikut, dapatkanlah nama domain anda sendiri..
Apabila website anda diletakkan di webhosting percuma, website anda akan menjadi sukar untuk disenaraikan di mana-mana direktori yang besar seperti Yahoo!. Sekalipun, anda meletakkan website anda tersebut di webhosting percuma yang disediakan oleh Yahoo! sendiri. Untuk tersenarai didirektori Yahoo sebenarnya adalah sesuatu yang sukar walaupun anda mempunyai nama domain anda sendiri, ini kerana, proses penyenaraian website di direktori Yahoo dilakukan secara manual oleh kakitangan Yahoo. Oleh itu, jika website anda hanya menggunakan nama domain dari webhosting percuma dan ia berjaya disenaraikan di direktori Yahoo, ia merupakan satu kejaiban. Untuk pengetahuan anda, apabila website anda tersenarai di direktori Yahoo, anda akan dapati statistik pengunjung website anda akan naik secara mendadak.
Jadi, bagaimana sekarang? Adakah anda masih tertanya-tanya, “Perlukah anda memiliki nama domain anda sendiri?” Jika anda masih tidak mempunyai nama domain sendiri lagi, anda boleh mendapatkannya dengan hanya RM40 je setahun. Bayaran yang serendah itu adalah amat berbaloi jika hendak dibandingkan dengan manfaat-manfaat serta kelebihan yang akan anda perolehi apabila memiliki nama domain anda sendiri.
Pengertian Domain
Nama domain (domain name) adalah nama unik yang diberikan untuk mengidentifikasi nama server komputer seperti web server atau email server di jaringan komputer ataupun internet.
Nama domain berfungsi untuk mempermudah pengguna di internet sewaktu melakukan akses ke server, selain juga digunakan untuk mengingat nama server yang dikunjungi tanpa harus mengingat deretan angka yang rumit yang dikenal sebagai IP address.
Nama domain ini juga dikenal sebagai sebuah kesatuan dari sebuah laman web seperti contohnya "wikipedia.org". Nama domain kadang-kadang disebut pula dengan istilah URL, atau alamat website.
Topmalaysia.net, ummah2u.com menerusi domainku.net memberikan khidmat mendaftarkan domain antarabangsa (.com, .net, .biz, .org, dll.)
Tips memilih nama domain yang bagus?
Pemilihan nama domain yang bagus sangatlah penting. Berikut adalah beberapa tips yang umum untuk pemilihan nama domain:
* Pilih domain yang mudah diucapkan, dimengerti, dan diingat. Terkadang anda mesti memberitahu seseorang secara verbal nama domain anda, mungkin lewat telepon atau radio dan nama domain yang samar-samar mirip bisa membingungkan.
* Jagalah agar nama domain anda tidak panjang namun juga tidak terlalu pendek. Anda bisa juga menggunakan singkatan, namun sebaiknya berarti dan mudah diingat.
* Daftar dan beli nama domain yang mewakili nama perusahaan, nama produk atau tema website anda.
* Pilih nama domain yang menggunakan extension .com terlebih dahulu karena paling populer. Bila sudah diambil oleh orang lain, anda bisa menggunakan domain extension lain seperti .net .biz .info dsb.
* Gunakan tanda minus "-" untuk penyambung sebagai alternatif, misalnya websiteku.com sudah diambil orang, website-ku.com adalah alternatif yang baik.
Perbezaan hosting dan domain
Bagi pelanggan web hosting yang masih baru, kadang sering membingungkan perbezaan antara hosting dengan domain. Akibatnya sering terjadi salah faham antara pelanggan dengan penyedia web hosting.
Hosting adalah menyimpan dokumen atau file-file web di server web. Sementara domain adalah alamat yang menunjuk kepada lokasi server tersebut sehingga bila seseorang membuka alamat website dengan nama domain tersebut, Internet akan mengarahkannya ke server itu.
Jadi hosting dan domain merupakan dua komponen yang berzeda walaupun keduanya terlihat satu bagi pengunjung. Dengan nama domain saja, tidak cukup untuk membuat website, perlu menggunakan jasa web hosting untuk menyimpan file-file yang akan diakses oleh pengunjung (oleh hosting percuma ataupun berbayar).
Mengganti Nama Domain Blogger
Domain sangat berpengaruh dalam SEO (Search Engine Optimization), bagi pengguna diperbolehkan untuk mengganti nama domain. Bagaimana caranya? Ikuti petunjuk di bawah ini :
1. Buka halaman blogger dengan account Anda
2. Pilih blog mana yang akan diganti namanya, klik settings
3. Lalu pilih publishing
4. Di bagian Blog*Spot Address, kelik alamat domain yang diinginkan
5. Lalu klik save settings, tunggu apakah alamat anda dimungkinkan untuk diubah
6. Selesai
Perubahan nama alamat domain dapat berakibat buruk badi Search Engine, karena alamat domain yang lama telah digantikan dengan domain baru yang mempunyai konten sama. Hal ini menjadikan blog baru sebagai mirror blog lama. Sehingga Search Engine bisa memblok website itu atau mengalami keterlambatan terindeksnya alamat domain baru.
Blog saya di blogspot aja dulu terindeks oleh google 1 bulan kemudian, itupun karna saya berusaha keras menulis banyak konten lagi. Jadi saya sarankan, bagi yang mempunyai blog dengan konten yang banyak sebaiknya jangan diganti.
Kalender
Control Panel Login
WHOIS Lookup
Search the WHOIS Database |
Blog Archive
-
►
2010
(1)
- ► 04/04 - 04/11 (1)
-
▼
2009
(13)
- ► 05/31 - 06/07 (2)
- ► 05/17 - 05/24 (1)
- ► 05/10 - 05/17 (1)
- ► 04/12 - 04/19 (3)

