MENGAPA PERLU NAMA DOMAIN

ADA 5 sebab mengapa anda perlu memiliki nama domain anda sendiri.

Seringkali saya mendengar orang bertanya “Mestikah saya mempunyai nama domain sendiri untuk website saya?”. Jawapannya… “YA! MESTI!”.

Tahukah anda? Jika anda meletakkan website anda di web hosting percuma, pihak yang mendapat manfaat yang paling besar sekali ialah syarikat web hosting tersebut, manakala, pihak yang mendapat manfaat yang paling kecil dan akhir sekali ialah… anda. Mengapa?

>
Sebenarnya, terdapat beberapa sebab yang nyata mengapa anda perlu memiliki nama domain anda sendiri, antaranya :-


  1. Profesional, mudah diingati serta pendek

  2. Apabila anda mempunyai nama domain anda sendiri, nama domain anda akan berbunyi http://www.websiteanda.com , berbanding jika anda mendapatkan perkhidmatan web hosting serta nama domain percuma, ia akan berbunyi.http://www.webhostingpercuma.com/akaunanda/websiteanda/ . Pada pendapat anda, alamat manakah yang kelihatan lebih profesional? Yanglebih pendek? Serta yang lebih mudah untuk diingati? Saya pasti anda tahu jawapannya..

  3. Kredibiliti

  4. Jika anda menjual sesuatu barang ataupun menawarkan sesuatu perkhidmatan di internet. Langkah pertama, untuk anda membina kredibiliti anda adalah dengan memiliki nama domain anda sendiri. Dengan memiliki nama domain anda sendiri, pelawat-pelawat yang ingin menjadi pelanggan anda akan berasa lebih yakin serta selesa kerana mereka akan beranggapan mereka sedang berurusan dengan sebuah organisasi yang besar dan kukuh. Seperti di dunia nyata, seseorang itu lebih yakin serta selesa untuk membeli sesuatu barang di kedai atau kaunter berbanding membelinya daripada orang-orang yang berkeliaran di tepi jalan atau kaki lima.

    Jika seseorang melawati website anda yang berada di webhosting percuma, inginkah anda mendengar mereka berkata..

    “ Eh? Betul ke laman web ini menjual barang ini? Nama domain & webhosting pun tak mampu nak beli, ini kan lagi nak buat bisnes, boleh percaya ke nie?”

    Pergh!! Pasti hancur luluh hati anda seperti dilanggar tayar keretapi 18 gerabak jika anda terdengar ayat tersebut ditujukan kepada halaman web anda!

    Jadi, usahlah ragu-ragu untuk memiliki nama domain anda sendiri, jika anda benar-benar serius untuk menjalankan perniagaan atau menawarkan sesuatu perkhidmatan di internet. Tidak kira lah sama ada anda ingin menjual kerepek, buku, rumah ataupun mencari kenalan-kenalan baru untukanda letakkan sebagai downline anda.. :-).

    Percayalah, memiliki nama domain sendiri, akan memberikan kesan yang besar terhadap kredibiliti anda di internet.

  5. Email

  6. Apabila anda mempunyai nama domain sendiri, anda juga boleh mempunyai beberapa alamat email yang berakhir dengan nama domain anda seperti anda@websiteanda.com . Apabila anda mempunyai beberapa alamat email yang berakhiran dengan nama domain anda, ia akan memudahkan anda untuk menguruskan serta mengenal pasti email-email yang anda terima. Contohnya, jika seseorang ingin menghantar email kepada anda untuk bertanya mengenai produk-produk serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh anda, mereka boleh menghantarkan email mereka kepada sales@websiteanda.com. Manakala bagi sebarang pertanyaan atau maklumbalas mengenai website anda, mereka boleh menghantarkan email kepada webmaster@websiteanda.com . Dengan cara ini, ia bukan sahaja memudahkan anda menapis serta menguruskan email yang anda terima, malahan ia juga akan meningkatkan lagi kredibiliti anda sebagai sebuah organisasi yang besar dan selamat untuk pelanggan-pelanggananda berurusan.

  7. Enjin Carian

  8. Tahukah anda?. Kebanyakkan enjin carian pada masa kini, begitu menitikberatkan proses pengindeksan mereka (memasukkan maklumat sesuatu webiste ke dalam pangkalan data mereka) pada satu-satu nama domain. Pada kebiasaanya, mereka hanya mengindeks katakunci atau maklumat sesuatu website bermula daripada halaman utama bagi nama domain tersebut. Jadi, bagi website penyedia webhosting percuma, enjin carian akan mula mengindeks pada alamat http://www.hostingpercuma.com/index,html , sedangkan mukadepan bagi website anda pula beralamat http://www.hostingpercuma.com/akaunanda/websiteanda/index.html . Oleh itu, website yang akan di indeks, hanyalah website penyedia webhosting percuma dan bukannya website anda. Disini, anda telah mengalami kerugian yang besar dari segi bilangan trafik yang akan datang kewebsite anda melalui enjin carian.

    Lebih malang lagi, ada juga sesetengah enjin carian yang tidak membenarkan langsung program pengindeksan mereka , yang juga dikenali sebagai“spider” atau “robot” untuk merayap/melawati website-website yang diletakkan di webhosting percuma. Sebagai contoh, jika anda cuba menghantar alamat website anda kepada enjin carian ini, anda akan mendapat mesej yang berbunyi “URL anda telah dihantar untuk diproses ”tetapi yang pastinya, “spider” mereka tidak akan melawati website anda, walaupun ia mengatakan website anda telah diterima. Sungguh sedih sekali, jadi, untuk anda mengatasi masalah berikut, dapatkanlah nama domain anda sendiri..

  9. Penyenaraian di direktori

  10. Apabila website anda diletakkan di webhosting percuma, website anda akan menjadi sukar untuk disenaraikan di mana-mana direktori yang besar seperti Yahoo!. Sekalipun, anda meletakkan website anda tersebut di webhosting percuma yang disediakan oleh Yahoo! sendiri. Untuk tersenarai didirektori Yahoo sebenarnya adalah sesuatu yang sukar walaupun anda mempunyai nama domain anda sendiri, ini kerana, proses penyenaraian website di direktori Yahoo dilakukan secara manual oleh kakitangan Yahoo. Oleh itu, jika website anda hanya menggunakan nama domain dari webhosting percuma dan ia berjaya disenaraikan di direktori Yahoo, ia merupakan satu kejaiban. Untuk pengetahuan anda, apabila website anda tersenarai di direktori Yahoo, anda akan dapati statistik pengunjung website anda akan naik secara mendadak.

    Jadi, bagaimana sekarang? Adakah anda masih tertanya-tanya, “Perlukah anda memiliki nama domain anda sendiri?” Jika anda masih tidak mempunyai nama domain sendiri lagi, anda boleh mendapatkannya dengan hanya RM40 je setahun. Bayaran yang serendah itu adalah amat berbaloi jika hendak dibandingkan dengan manfaat-manfaat serta kelebihan yang akan anda perolehi apabila memiliki nama domain anda sendiri.

Pendaftar Nama Domain© 2004 - 2009.